NOW EVERYONE CAN SWIM
Frequently Ask Question :
1. Orang gemuk susah tak nak berenang ?
Secara praktikal nya, tidak. Sepanjang pengalaman saya mengajar wanita berenang, orang gemuk boleh berenang dan senang untuk terapung berbanding orang kurus.
WHAT ???
Iye, kenapa orang gemuk lebih senang berenang ? Sebab mereka ni ada fat layer, so minyak kan lebih ringan dari air. Scientifically mereka memang senang terapung.
Cop.! Jangan suka sangat.
Bukan bererti kita gemuk so kita senang je terapung dah takyah berenang. Dont get me wrong ye.
Ini cuma theoretically explaination. Again, swimming is about skills.
2. Orang kurus senang berenang ?
Again not true, orang kurus ni mereka ada banyak muscle berbanding lemak. Maka mereka perlu work harder untuk latih otot - otot tu lembut dan flexible agar mudah mereka nak berenang dan terapung.
I repeat, again it all involve skills.
3. Confirm ke boleh pandai berenang kalau belajar ni ?
Mungkin awak sendiri tak yakin kan, sebab panik la, neves la, penah lemas la, air kolam kotor la...iye cipta la 1001 alasan.
Berenang ni is a learned skills, semua orang boleh berenang. Situasi nya sama macam bawak kereta.
kan semua orang boleh memandu. Masa datang kelas memandu semua zero.
Yela, saya dulu pon masa nak amik lesen sama jugak zero.
4. Saya asyik tertelan air, air masuk hidung masuk telinga.
Adat lah belajar kan, tu semua asam garam belajar. Lama-lama bila dah mahir, awak mesti akan belajar skill untuk block air passage baik hidung, mulut atau tekak.
but it takes some time to master this. Sabar sikit lelama ok.
5. JANGAN, JANGAN. JANGAN banding kan diri anda dengan instructor / coach anda.
Jangan buat macam ni, yang mengajar awak tu semua dah berenang bertahun-tahun. Maka mereka memang dah mahir and it looks easy on them.
Normal kan budak-budak dulu pon kita berjalan dulu baru boleh berlari.
Berenang pon macam tu.
Alright, have fun in your class and dont stress to much.
Live a little.
Coach Yuni.
Comments
Post a Comment